TENTANG KAMI

MANJAKAN DIRI ANDA DENGAN SERVIS KAMI.

KM Beauty House merupakan sebuah perniagaan hak milik tunggal yang mula beroperasi pada 19 Mei 2004.  Ia bermula dengan sebuah spa yang diuruskan secara sambilan yang disewa di dalam premis pusat kecantikan lain (sub-let) di Pusat Membeli-belah Ampang Point.

Pada tahun berikutnya, KM Beauty kemudiannya membuka sebuah spa sendiri di No 8, Ground Floor, Jalan SS19/1D, 47500 Subang Jaya, Selangor. KM Beauty House  adalah perniagaan usahasama bersama keluarga.

Penasihat kami adalah ibu kami sendiri Normah Damanhuri dan diusahakan bersama adik Norliana binti Rosli yang bertanggungjawab di dalam strategi pemasaran. Pengurusan pentadbiran dan kewangan pula di bawah tanggungjawab Rose Azlin Binti Rosli.

KM Beauty House dimiliki oleh Puan Rose Azlin binti Rosli, 41 tahun.  Puan Rose Azlin mempunyai kelulusan daripada Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA, UK).

Berbekalkan minat yang mendalam di dalam bidang kecantikan, Puan Rose Azlin nekad untuk berhenti daripada tugasnya sebagai seorang Eksekutif di sebuah syarikat antarabangsa untuk mengoperasi perniagaan spa beliau secara sepenuh masa.

Sebagai langkah persiapan untuk memperluaskan perniagaan spa beliau, beliau telah mengambil inisiatif untuk menjalani kursus-kursus yang berkaitan.  Puan Rose Azlin adalah lepasan kursus kecantikan Aromatherapy Product Knowledge & Massage Technique dari Eizzie Aromatherapy Kuala Lumpur dan juga Hair Dressing and Beauty Culture dari Aimi Hair & Beauty Academy, Kuala Lumpur. Beliau banyak mengajar sendiri pekerja-pekerja beliau teknik-teknik rawatan badan dan muka dan juga teknik kecantikan rambut.

Puan Rose Azlin juga pernah berkhidmat sebagai seorang pengurus di sebuah spa terkemuka yang menguruskan 04 buah cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.  Walaupun dibayar gaji yang agak lumayan, beliau menolak tawaran untuk menyambung pekerjaan tersebut kerana mahu menumpukan sepenuhnya terhadap perniagaan beliau.

Kejayaan spa beliau adalah berdasarkan minat beliau yang mendalam di dalam bidang kecantikan dan pengalaman beliau di dalam bidang korporat disamping mempunyai pengetahuan di dalam selok-belok perakaunan yang banyak membantu beliau.